Friday, October 10, 2008

Problems....

Pernah ke ade orang tak ade problem? No problem means a problem.... hmm... apapun yang berlaku, jangan sisihkan diri anda. Seteruk manapun sesuatu masalah, jalan keluarnya pasti ada. Jika sesuatu penyakit ada ubatnya, pasti masalah pun ada jalan keluarnya.

Jangan pernah sesekali berhenti berharap kerana harapan itulah nadi untuk meneruskan hidup. Fikirkan... seteruk manapun keadaan kita, ada yang lebih menderita. Kita merungut kerana tidak berjaya mencapai sesuatu, pernahkah kita terfikir keadaan mereka yang tidak pernah pun mengecap sesuatu yang mereka inginkan. Sekurang - kurangnya kita masih punya waktu untuk menggapai apa yang kita inginkan.

Syukurlah atas segala pemberian Allah kepada kita. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui hakikat kejadian kita. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang dan Allah yang akan menentukan. Jangan malu untuk menangis kerana air mata itu mampu melegakan perasaan. Terkadang kita lupa siapa kita sebenarnya. Carilah diri kita yang sebenar. Ketenangan sebenar akan diperoleh bila hati suci dari segala kekotoran...

No comments: