Keadaan ini berterusan hinggalah suatu hari…….
Di sebuah Negara jauh dari kerajaan Nekbat, terdapat sebuah Negara yang dianamakan Negara Beluncas. Adapun Negara ini diperintah oleh Baginda Ratu Ulat @ Lady Ctie. Negara ini hanya diperintah oleh golongan wanita yang sangat kejam tiadalah lebih kejam melainkan kejam jua. Selain baginda Ratu Ulat, Negara Beluncas mempunyai 2 orang ratu yang manis lagi rupawan. Mereka tiadalah lain melainkan Ratu Katang @ Lady Yusra dan Ratu Cendawan @ Lady Anabella jua. Kecantikan mereka juga tiada tolok bandingnya seperti Queen Nad Bat kerana mereka berketurunan cina. Manakala Ratu Ulat pula, tiadalah diketahui asal usulnya.
Adapun di bahagian utara, Negara beluncas adalah Negara paling glamour sementara ratu – ratu tersebut adalah ratu paling glamer dan mampu menggogeskan sesiapa sahaja kecuali beta (aku la ni...haha!). Tersebut di dalam book of beluncas dimana Negara beluncas mempunyai 3 produk yang amat terkenal iaitu madu lebah hasil inovasi Ratu ulat, ubat kuat hasil air tangan Ratu katang dan sup cendawan+susu kambing VONO hasil ciptaan Ratu cendawan. Sebelum nama nekbat muncul, mereka hidup aman sentosa sehinggalah kehadiran kerajaan nekbat.
Maka timbullah suatu hari apabila mamanda menteri Munir masuk menghadap mengkhabarkan akan ia mengenai negeri Nekbat yang berjaya menyaingi populariti Negeri Beluncas. Maka berasapanlah baginda ratu - ratu mendengar kata – kata itu. Oleh kerana itu Baginda ratu - ratu bersepakat menyerang Negeri Nekbat dan menghapuskan pengaruh Raja Nekbat Wafi dan Queen Nad Bat. Lalu ulat – ulat dan beluncas – beluncas dikumpulkan dari seluruh pelosok negeri untuk menyerang Negeri Nekbat. Sementara itu, lain pula di negeri Nekbat.......
Note pengarang-:
- komp aku rosak!!! wawawa...
- Sory r klu part ni x berape best coz aku ltih ni, br jer blik tusyen...
- huhu... lady ungu akan dipecat pada part seterusnya kalau beliau terus mendabik dada!!! haha
- lady ungu diambil bukanlah kerana ke"comel"an yang beliau canang2kan itu, tetapi sebab beliau merayu - rayu pada beta jua... haha!!!
3 comments:
sup VONO mmg best..cuma konpius ada ker sup cendawan+kambing?
karang tak pasal2 org yg mkn kna sawan kang...
btw, at least lg best drp nekbat kaler kuning buatan lady ungu...
sy rs sambungan seterusnya, ratu2 beluncas(haha) serang untuk kill lady ungu (devil laugh) sebab yer yg buat nekbat bukan nadbat..
pastu nadbat lak,kami akan jual beliau di siam, manakala baginda wafi kami akan lelong di psr2terdekat (nad,jgn ngamuk)
its ok ANA..
cz sblm awk mgape2kan beta n rakyat jlata beta..
awk beta hukum buang dunia!!
ok r tuh, awk kn ske idup ngn alien..kah3
kelako gop wane2 pon...hahahahaha
Post a Comment