Wednesday, March 25, 2009

HIKAYAT NEKBAT PART TWO

Keadaan ini berterusan hinggalah suatu hari…….

Di sebuah Negara jauh dari kerajaan Nekbat, terdapat sebuah Negara yang dianamakan Negara Beluncas. Adapun Negara ini diperintah oleh Baginda Ratu Ulat @ Lady Ctie. Negara ini hanya diperintah oleh golongan wanita yang sangat kejam tiadalah lebih kejam melainkan kejam jua. Selain baginda Ratu Ulat, Negara Beluncas mempunyai 2 orang ratu yang manis lagi rupawan. Mereka tiadalah lain melainkan Ratu Katang @ Lady Yusra dan Ratu Cendawan @ Lady Anabella jua. Kecantikan mereka juga tiada tolok bandingnya seperti Queen Nad Bat kerana mereka berketurunan cina. Manakala Ratu Ulat pula, tiadalah diketahui asal usulnya.

Adapun di bahagian utara, Negara beluncas adalah Negara paling glamour sementara ratu – ratu tersebut adalah ratu paling glamer dan mampu menggogeskan sesiapa sahaja kecuali beta (aku la ni...haha!). Tersebut di dalam book of beluncas dimana Negara beluncas mempunyai 3 produk yang amat terkenal iaitu madu lebah hasil inovasi Ratu ulat, ubat kuat hasil air tangan Ratu katang dan sup cendawan+susu kambing VONO hasil ciptaan Ratu cendawan. Sebelum nama nekbat muncul, mereka hidup aman sentosa sehinggalah kehadiran kerajaan nekbat.

Maka timbullah suatu hari apabila mamanda menteri Munir masuk menghadap mengkhabarkan akan ia mengenai negeri Nekbat yang berjaya menyaingi populariti Negeri Beluncas. Maka berasapanlah baginda ratu - ratu mendengar kata – kata itu. Oleh kerana itu Baginda ratu - ratu bersepakat menyerang Negeri Nekbat dan menghapuskan pengaruh Raja Nekbat Wafi dan Queen Nad Bat. Lalu ulat – ulat dan beluncas – beluncas dikumpulkan dari seluruh pelosok negeri untuk menyerang Negeri Nekbat. Sementara itu, lain pula di negeri Nekbat.......
Note pengarang-:
- komp aku rosak!!! wawawa...
- Sory r klu part ni x berape best coz aku ltih ni, br jer blik tusyen...
- huhu... lady ungu akan dipecat pada part seterusnya kalau beliau terus mendabik dada!!! haha
- lady ungu diambil bukanlah kerana ke"comel"an yang beliau canang2kan itu, tetapi sebab beliau merayu - rayu pada beta jua... haha!!!

Saturday, March 21, 2009

HIKAYAT NEKBAT PART ONE

Alkisah disebutkan kisah di mana ia tercatat di dalam world book of record (Woah!!). Adapun kedapatanlah sebuah negeri ini yang bernama Negeri Nekbat. Diceritakan pula dalam Book of Nekbat, akan Raja Nekbat yang sentiasa gemar akan nekbat sehingga tiadalah ia makan melainkan nekbat jua hari – hari. Tersebut jua bahawa nama Duli Yang Maha Mulia Raja Nekbat ini adalah Wafi jua. Maka hebohlah seluruh pelosok dunia akan kepopularan Raja Nekbat Wafi yang amat terkenal dengan nekbatnya yang manis – manis sweet gitu.
Arakian tersebutlah pula dalam fasa kedua Book of Nekbat mengenai Permaisuri Nekbat yang kerjanya sehari – hari tiadalah lain melainkan bermain congkak bersama dayang – dayangnya. Permaisuri Nekbat @ Permaisuri Nekbat Nadia atau lebih glamour dikenali dengan Queen Nad Bat (gabungan Nadia + Nekbat = Nad Bat) @ Lady of Nekbat adalah seorang yang amat cantik rupawan kerana baginda berketurunan siam (sawadikhap). Oleh kerana itu baginda tiadalah pandai memasak kueh nekbat kegemaran baginda sultan yang berasal dari terengganu, maka digajilah seorang dayang – dayang yang bernama Akhlisah @ Lady Ungu untuk memasak nekbat – nekbat yang digemari sultan.
Beralih pula ke Fasa 3 Book of Nekbat, Negeri Nekbat ini juga punya seorang mamanda menteri yang sangat hebat bernama Adhwa. Tiadalah lain melainkan sekepala jualah menteri Adhwa dan baginda Raja Nekbat Wafi. Mereka berdua tiadalah pekerjaan lain melainkan memakan nekbat – nekbat yang dimasak Lady Ungu sehari – hari. Keadaan ini berterusan hinggalah suatu hari……. Bersambung......
* The most riddiculous story pernah aku tulis. Anyway, komen... sape nak masuk dalam citer HIKAYAT NEKBAT ni bagitaw jer. jgn malu2...

Aku dapat inspirasi ni daripada cikgu Md Zaid yang gemar akn Nekbat... hehe... anyway, Ned, Mazda six akn kluar dlm citer ni x lame lg... bersedialah...*evil laugh*

Monday, March 16, 2009

Clown Love

Suatu hari, aku tengah aku berjalan - jalan dalam internet ( surfing ) aku jumpe la falsafah ni... Aku rase cam best jer, jadi aku nak share ngan korang....

Clown Love

Clowns are sad human beings. They do nothing but to smile and make a fool out of themselves so as to bring laughter to the audience. How many truly know what is going on beneath that thick makeup? Can anyone see the teardrops falling? A clown’s love is destined to be a sad love....

Korang stuju??? komen r ramai2....

Sunday, March 15, 2009

Ape citer???

Sudaa bertahun aku tak update blog ni... huhu... firstly, aku nak bagitau dunia bahawasanya buat pertama kali dalam sejarah hidup Nursyakirah Razalli @ sya'ak lee, aku lulus add math utk TOV!!!!!!!!!!!!!!!! hua3... Syukur sesangat. Akhirnye nampak hasil gak kerja keras aku (ye ke??) Thanx pada kak Ima, dib, ned, ctie n sape2 je la yang terlibat secara langsung atau tak. Aku dapat 41 kali ni. Okey r klu nk dibandingkan dulu... 25 pun tak lepas kalau dulu....

Okey, enough of dolu2 thingy...

Actually aku letih sudaa... Sorang kawan ni pernah bagitau aku sebelum dia pergi, dia pesan kat aku..."If you are tired, just find a shoulder to lean on and rest".... ntah r... Aku teringin sangat nak jumpe die balik. Tapi, one thing for sure, dia dah pergi selamanya dan takkan kembali pada aku lagi.

Papepun, kangkung tetap kangkung dan cipot tetap cipot....

Along balik bulan 4 ni.... Hmm... tak payah aku susah2 jadi maid mase cuti nanti. hehe... Waa!!! cuti kali ni memang mengancam r. Dengan jadual yang padat, yang pasti waktu tidur terpaksa dibuang...

Aku dah join balik taekwando! huhu... Abah aku cam tak suke je, tapi dia tak cakap pape. Mak tak bley kate ape2 n Along macam tak stuju, tapi, it's my own choice, rite? 12/3/09, tarikh aku masuk balik lepas cuti berbulan bulan... huhu... tak sabar aku nak grading...

Hmmm...

Mak su patah kaki hari tu... Nasib baek sikit jer. At least she won't suffer like me. Tok andak kena strok baru2 ni, tapi dah sihat... Semoga dia dipanjangkan umur. Along Azlin dah tukar ke semenanjung... Family aku yang laen tak dengar citer la pulak tapi harap2 ok2 jer...