Arh! Dh 9 hari rupenye aku tak buka blog ni... huhu... Must be because of the games...hehe
Okay, tak perlu nak mengarut lebih2... Post kali ni aku nak citer pasal bubur ayam. Secara generalnya bubur ni asalnye nasi lembik yang kosong je... sampailah korang taruk benda2 lain dalamnya. Contohnya nk buat bubur ayam, letak aje la ayam... Kalau bubur ikan, letak je la ikan... haha!
Ignore je perenggan 2 tu... Back to our first discussion. Bila nak masak bubur pastikan jumlah air yang digunakan adalah 5 kali ganda beras...
Sebelum aku tulis, aku nak pi makan ubat batuk jap... Asyik batuk je dua tiga hari ni... Sakit tokak den...
Wokeh, eewwww... Rasa ubat batuk tu memang tak sedap... Patutnya buat r perisa ayam KFC ke... ish3
hehe...
Resepi Bubur Ayam
Bahan-bahan
1 cwn beras (dicuci terlebih dahulu)
5 cawan air
½ inch halia (diketuk)
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 ketul kiub ayam
2 ketul ayam (dipotong dadu)
1 biji lobak merah (dipotong dadu)
sedikit serbuk lada hitam
bawang goreng (utk hiasan)
daun sup (dihiris utk hiasan)
1 biji lada merah (dihiris utk hiasan)
Garam secukup rasa
Cara memasak
1. Masak beras. Masukkan kiub ayam yang dihancurkan diikuti dengan ayam dan lobak.
2. Halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga ditumis sehingga naik bau. Gunakan sedikit sahaja minyak untuk menumis.
3. Masukkan bahan2 yang telah siap ditumis kedalam bubur dan kacau.
4. Masukkan serbuk lada hitam dan garam.
5. Kacau sehingga masak dan keluarkan rempah-rempah tadi.
6. Hias dan makan!
Note
1. Sekiranya nampak agak kering, masukkan air.
2. Hiasan adalah optional.
Daa~
p/s: Kalau tak ada ayam, boleh je beli bebola ayam... huhu... kalau dah terdesak sangat... *Peace*
2 comments:
jgn lupe at0r umah ak..
lap0r ey...
pliz....
=(
huhu...
cian2~~~
Post a Comment