Akhirnya tergerak jua hati untuk menaip entri dalam bahasa melayu... Entahla... Mungkin rasa tensyen yang sedang mengusai diri.
Tensyen menghadapi sakit di kepala dan di kaki
Tensyen menghadapi dunia yang entah apa2
Tensyen menghadapi penerimaan orang
Tensyen menerima tohmahan yang dilempar dari belakang oleh mereka - mereka itu tapi enggan untuk berdepan dengan diri ini
Kata si dia suatu ketika dahulu kepada aku, 'Baliklah kamu kepada Allah, Tuhan yang mencipta kamu'
Lantaran itu, diri ini tiba-tiba masih mampu tersenyum kerana 'setitis derita melanda, segunung kurnia-Nya'
Siapa diri ini? biarlah Dia yang menentukan segalanya kerana apa yang tersembunyi dihati tidak pernah mungkin mampu diselam oleh seorang manusia pun.
Manusia hanya tahu menghukum tidak pernah mahu memahami.
Mahu difahami tetapi gagal untuk memahami.
Apa guna baik dimata orang jika dimata Dia tidak?
Adakah sesiapa yang sudi menjawab persoalan-persoalan ini?
Apa guna hidup mengharap pada pandangan manusia sedang langsung membelakangi Yang Maha Esa?
Apa guna mengharap dihormati sedang diri tidak pernah belajar untuk menghormati?
Diri ini sangat letih cuba memahami...
Terlalu letih...
Sehingga hati kini menjadi beku.
Diri ini terlalu merindui mereka...
12:05 a.m, Selasa, 14/02/2011
No comments:
Post a Comment