Friday, April 29, 2011

saya penat dan bosan... dan juga lapar

Tiba-tiba hari ini tidak terdetik dihati ingin menulis dalam bahasa inggeris. Sebab saya malas... Walaupun,,, sejujurnya.... menulis dalam bahasa melayu lebih memenatkan bagi saya kerana saya sudah kekurangan apa yang disebut dalam bahasa inggeris sebagai 'vocabulary'.

Saya mahu pulang kerana saya sudah bosan berseorangan disini. Nilam court.

Saya penat sebab saya tidur pukul 2.30 pagi semalam. Apa yang saya buat? huhuhu...

Perkara biasa... Tengok video, movie dan sebagainya... paling tak pun, termenung dihadapan komputer...

Sekarang, saya lapar. Walaupun saya pandai masak,,, tapi dekat sini tiada bahan untuk dimasak. Jadi selepas 2 hari berturut - turut memerah idea, membuat suatu keajaiban dengan memasak sesuatu yang sedap dengan menggunakan bahan-bahan yang ada, saya sudah kekeringan idea.

Esok baru abah datang untuk mengeluarkan saya dari sini... T__T

Malam ini,,, berseoranganlah saya dalam rumah itu... Sejujurnya saya tidak takut bersendirian tetapi saya lebih takut kepada memori - memori yang ada didalam rumah itu.

Memori kami semua bergelak ketawa bersama - sama.

Itu lebih menakutkan...

dengan itu saya tujukan lagu ini kepada mereka...




p/s: I'm using 'mereka' here... Feel free to include urself in that 'mereka'... huhu...

No comments: