Friday, April 23, 2010

Dia tersenyum hari ini...

Pukul 4.30, aku pun cepat2 panggil Mundzir dan suruh dia pergi ke kedai utk beli roti dan air soya. Ya, air soya... Itu air favourite dia. Pukul 5 aku pun pergi berjalan kaki ke rumah yang jaraknya tak sampai 200m dari rumah aku...

Sampai kat situ, mcm biase aku bunyikan loceng. Dia buka pintu dan aku msuk. In awl2 lg dh lari kedapur ble tau ak dtg... huhu... Aku bg roti dan air tu kat afiq dan dia pun kedapur.

Dia tunjukkan aku sesuatu kat facebook.

doc da brntikan ubt tido 2 smlm. adib da mule gnggam tgn mama,kaki die da gerak cket2..alhamdulillah..blood pressure tgi..myb sbb die bru bgn n da rase saket kt bhgn2 yg cedera..td doc da buat scanning..doakan keputusan yang menggembirakan ya :)


Dan dia senyum. A genuine smile... Sesuatu yang dah hilang darinya sejak hari ahad yang lalu. Bukan dia tak pernah tersenyum sblm ni. Tp, senyumannya senyuman duka. Aku berckp dengan dia sedar tak sedar lebih dr 1 jam.

Pukul 6.15ptg aku pulang ke rumah dengan perasaan yang agak ringan. Mungkin aku tak mmpu merasai bagaimana perasaannya apabila menghadapi dugaan sehebat ini. Tapi, aku tahu perasaan yang lahir dari hati aku ini bukanlah simpati. Ia perasaan kompleks yang lahir dari hati seorang sahabat yang inginkan sahabatnya kembali senyum seperti dulu. Akhir-akhir ni, apabila terbaca sahaja postnya di facebook atau blog, air mataku terus mengalir... langsung mood aku terpadam kerana memikirkan bagaimana untuk menunjukkan pd dia supaya jangan takut dan jangan putus asa...

Tadi aku bercakap dengan Mak Chik psl tu... Mak Cik seorang nurse dan dia kata kes2 mcm ni biasalah... Almost everyday pembedahan otak berlaku di hospital. Yg penting jgn hilang harapan dan biar pesakit tahu bahawa keluarga dan kwn2 dia ada... Bile dia igt keluarga, semangat dia untuk hidup akan bertambah kuat... Byk gak la Mak Chik cerita psl org2 yang mengalami perkara yang lbih krg sme akhirnya sihat kembali... Walaupun ambil mse yang lme... tak pe... yang penting kita semua ada...

Dia tak bergurau. Pak Chik sendiri dulu pernah sakit. Aku lupa penyakit dia, tp, dh smpai ke stage 4 mse tu (thun lps rsenye...) Tapi mereka sekeluarga tak pernah putus asa. Semangat yang diberi drpd org2 yang tersyg is indeed the greatest cure. Far greater than any other medicine... Dan hari ni Pak Chik nmpak sihat... Aku sendiri agak terkejut melihat dia kelmarin...

Aku harap senyuman tu tak akan padam lagi. Tuhan, tolonglah... jgn kau tarik lagi senyuman itu dari wajahnya. Seluruh jiwa ragaku sakit tatkala aku memikirkan dia yang sedang bersedih... For that smile, I'm willing to give up on everything... just to see her smile again...



Aku harap semua dpt doakan agar Muhamad Adib Aiman Bin Md. Noh dapat sembuh dan kembali kepada keluarganya...

Dan aku, sentiasa percaya bahawa dia akan kembali semula kepada mereka kerana jauh di sudut hati aku, aku tahu dia seorang yang cekal dan kuat...

Ya Allah,
Hambamu ini lemah Ya Allah...
Berilah dia kekuatan...
Bantulah dia hadapi dugaan ini...
Janganlah kau berikan dia dugaan yang tak mampu ditanggung olehnya...
Kuatkanlah imannya...
Berilah dia peluang kedua untuk menyayangi Adib...
Ya Allah... Makbulkanlah doa kami...

Amin~

3 comments:

ctie said...

alhamdulillah..ssuatu y amt ak arapkan..snyuman nye.. =)

ANA said...

alhamdulillah

NaDWaN said...

switttt