Hari ini saya merasa amat letih dan kesunyian. Walaupun ini bukanlah kali pertama dalam hidup, tapi, saya berasa agak sedih... Kenapa saya sedih? Entah... Manusia sebenarnya tidak perlu sebab untuk berasa sedih... Kenapa? Jangan tanya saya kerana saya amatlah tidak tahu...
Sakinah sudah pergi ke asrama dan tidak lama lagi saya pun akan meninggalkan rumah yang bernombor 270+271, TSM ini. =(
Otak saya sebenarnya kekeringan idea memenuhi permintaan-permintaan daripada pembaca-pembaca fiksyen berbahasa inggeris. Walaupun begitu, kerja tetap kerja... (walaupun tak bergaji...)^^
Saya mahu tidur sekarang tetapi memandangkan saya sudah tidur selama berjam - jam tadi, jadi saya langsung tidak rasa mengantuk sekarang...^^
Disebabkan terlalu banyak nyamuk, saya pun keluar ke sini dan membuka komputer memandangkan saya tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk oleh doktor...
Otak saya terlalu bercelaru sekarang maka esok atau lusa saya akan menaip n3 baru memandangkan yang ini teramatlah bosan untuk dibaca...
Post ini telah ditulis oleh seseorang bernama Nursyakirah Binti Razalli
Menurut sya'ak dan aiLee, post ini ditulis dalam keadaan begini adalah akibat daripada kegagalan otak untuk bertukar dari mod bahasa inggeris kepada bahasa melayu...
Sambung sya'ak lagi, penulis terlalu asyik menulis didalam bahasa inggeris sehingga 'terlupa' bagaimana hendak menulis dalam bahasa melayu secara kasual lalu penulis terpaksa menulisnya dalam keadaan yang sedikit klasik...
Komen aiLee, Cintailah Bahasa Melayu!!!!
2 comments:
terharu bila terbaca perkataan klasik.
ahahaha
ad unsur2 nk mengejek r tu...
komen sya'ak, ANA mmg cenggitu...
komen aiLee, btul3
Post a Comment